NASIONAL

PPM berkas dua beradik cuba seludup masuk rokok

17 Mei 2019, 3:12 AM
PPM berkas dua beradik cuba seludup masuk rokok

LAHAD DATU, 17 Mei: Dua beradik warga asing ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) selepas cuba menyeludup masuk 14,800 bungkus rokok seludup dalam serbuan di Simpang Tabin, Tungku dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek berusia 26 tahun bersama adiknya, 10 tahun itu ditahan pada pukul 7.18 pagi selepas diekori anggota PPM yang mengesan kedua-duanya dalam keadaan mencurigakan menaiki sebuah van, disyaki membawa rokok seludup.

Susulan penahanan itu, katanya kedua-dua suspek diperiksa dan didapati gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan lanjut ke atas van turut menemukan pelbagai jenama rokok seludup yang disimpan di dalam plastik hitam.

"Antaranya ialah 7,800 bungkus rokok Absolute, 5,500 bungkus rokok Astro Hitam dan 1,500 bungkus Astro Merah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohamad Pajeri, turut dirampas dalam kejadian itu termasuk sebuah van Toyota Hiace, dua telefon bimbit, beg duit jenama Georgio Armani, wang tunai RM6 selain mata wang asing iaitu 1,000 rupiah dan kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM97,420.

Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. - BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619