SELANGOR

MPAJ kumpul 35 kg sehari lebihan makanan bazar Ramadan

16 Mei 2019, 1:06 PM
MPAJ kumpul 35 kg sehari lebihan makanan bazar Ramadan
MPAJ kumpul 35 kg sehari lebihan makanan bazar Ramadan

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 16 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengumpulkan hampir 35 kilogram (kg) makanan lebihan di bazar Ramadan Pandan Indah, tahun ini.

Yang Dipertuanya, Dato' Abd Hamid Hussain berkata, bagaimanapun jumlah itu didapati berkurangan berbanding tahun lalu yang mencecah sehingga 100 kg sehari.

"Apabila jumlah kutipan lebihan makanan ini semakin kurang, ia adalah kesan positif kerana berkemungkinan peniaga telah merancang untuk mengurangkan pembaziran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Bazar Ramadan Mampan MPAJ 2019 di Taman Melur, di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Haniza Talha.

Pada program yang sama, MPAJ turut melancarkan Program MYsaveFOOD@Ramadan MPAJ 2019 yang bertujuan mencegah pembaziran sumber makanan yang masih elok di bazar Ramadan dari dibuang ke tong sampah.

Abd Hamid berkata, program itu dijalankan sejak 2018 dan berjaya mengumpulkan sebanyak 770.1 kg lebihan makanan yang masih elok sepanjang Ramadan.

Katanya, makanan itu kemudiannya disumbangkan kepada masyarakat yang lebih memerlukan di sekitar Ampang.

"Pada tahun ini, MPAJ merasakan program berkenaan masih relevan diteruskan dan kerana itulah kita meletakkan satu lagi tapak iaitu di Kompleks Muhibbah dan Bukit Indah.

"Sewajarnya semua bazar Ramadan melaksanakan program ini, namun rangka kerja lebih efisyen perlu dilakukan lebih teliti kerana bukan mudah untuk mendapat lebih ramai sukarelawan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619