NASIONAL

Dana Tabung Harapan lunas hutang 1MDB - Guan Eng

16 Mei 2019, 7:55 AM
Dana Tabung Harapan lunas hutang 1MDB - Guan Eng

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MEI: Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) sebanyak RM203,292,117.41 akan digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2019 berjumlah RM1,704.78 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM pada 24 April lalu.

"Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM Bil.1/2019 pada 24 April 2019 telah bersetuju memutuskan bahawa kesemua dana dalam THM ini akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1,704.78 juta bagi tahun ini.

"Meskipun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB sebanyak RM51 Bilion, Tabung Harapan akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara.

"Kerajaan dengan ini ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan ke dalam THM ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, baki akhir THM sehingga 14 Januari lalu iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan adalah sebanyak RM202,716,775.10.

Menerusi pelaburan simpanan tetap yang ditadbir Jabatan Akauntan Negara telah dilaksanakan dan faedah pelaburan yang diterima sehingga 31 Mac tahun ini adalah sebanyak RM575,342.31, menjadikan jumlah terkini akaun amanah THM adalah berjumlah RM203,292,117.41.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619