SELANGOR

Worldwide Holdings perkasa prasarana sekolah KAFA

15 Mei 2019, 7:05 AM
Worldwide Holdings perkasa prasarana sekolah KAFA

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

KUALA SELANGOR, 15 MEI: Worldwide Holdings Berhad komited memperkasakan prasarana bagi Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) supaya penuntutnya mendapat pendidikan terbaik.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Ami Nardin Ishak berkata, inisiatif itu berjaya mendapat kelulusan pihak pengurusan Worldwide pada peringkat pertama membabitkan kawasan Jeram.

"Sebelum ini, saya sudah melawat tiga sekolah di sini dan ia kelihatan sangat daif kerana mereka tidak mempunyai peruntukan secukupnya.

"Oleh itu, penambahbaikan di sekolah KAFA bakal dilaksanakan kerana mereka berhak mendapatkan prasarana yang lebih selesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Worldwide Prihatin Bersama Asnaf di Masjid Nurul Hidayah, Jalan Simpang Tiga Jeram, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Perkhidmatan Strategik, Ahmad Azman Azizul Rahman dan Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Alam Sekitar, Zamri Abdul Rahman; Ketua Pegawai Kewangan Worldwide Holdings; Kamal Zaharin Nazir, pegawai kanan Worldwide Holdings serta wakil daripada Lembaga Zakat Selangor.

Ami Nardin berkata, penambahbaikan itu adalah komitmen kepada masyarakat setempat supaya mereka mengenali Worldwide Holdings ekoran terdapat beberapa projek bakal dilaksanakan di Jeram.

"Menerusi perkembangan projek ini, ia juga dapat membuka peluang pekerjaan khususnya kepada anak tempatan di sekitar kawasan ini.

"Insyaallah pelbagai bantuan dan program akan diteruskan untuk kita berkongsi dengan masyarakat setempat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619