PENDIDIKAN

Mahasiswa UniKL anjur Camp Care dekati anak yatim

9 Mei 2019, 5:31 AM
Mahasiswa UniKL anjur Camp Care dekati anak yatim

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 9 MEI: Mahasiswa Institut Teknologi Maklumat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyantuni anak-anak yatim dan asnaf dengan mengadakan program Camp Care bersama Rumah Raudhatul Al Faeez.

Pengarah Program, Ahmad Hafiz Shahfudin berkata, program yang berlangsung pada 26 hingga 28 April itu bertujuan membantu anak-anak rumah terbabit memupuk hubungan positif dan keyakinan diri bersama masyarakat.

Katanya, program yang berlangsung di Kem Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan itu turut membantu mereka memahami nilai teras disiplin, rasa hormat, tanggungjawab, kerja berpasukan dalam persekitaraan pengembaraan.

Malah, program tanggungjawab sosial korporat itu juga bagi menyemai nilai-nilai keagamaan dan kepimpinan yang baik dalam kalangan mahasiswa dengan membabitkan mereka dalam aktiviti berasaskan komuniti, katanya.

"Program ini adalah antaara landasan terbaik untuk mahasiswa UniKL mendekati masyarakat, terutamanya kanak-kanak kurang bernasib baik.

"Ini adalah panggilan kami untuk meminjamkan tangan membantu masyarakat, jadi kami selalu ingat kepada mereka yang kurang bernasib baik bagi mempunyai interaksi sosial dengan komuniti," katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang program terbabit, pelbagai pengisian diadakan seperti motivasi, permainan dan aktiviti keseronokan bagi mengekalkan momentum pembelajaraan anak-anak Raudah Al-Faeez.

Selain diberi makanan yang sihat dan lazat, anak-anak itu juga menerima sumbangan berupa beg baru, buku nota, pegun dan T-shirt yang ditaja UniKL Empire.

Program ini turut ditaja oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor, Lanisgas Enterprise, Kelab Rekreasi UniKL MIIT (KRUM), Warung Pak Hassan dan Juicy Raspberry.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619