BERITA UTAMA

Tun M ulangi tiada keperluan rombak Kabinet

9 Mei 2019, 12:29 AM
Tun M ulangi tiada keperluan rombak Kabinet

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 MEI: Tiada keperluan bagi Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) merombak barisan Kabinet sedia ada, tegas Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika itu berlaku, ia hanya menyusahkan kerajaan ekoran masih tetap menerima 'orang baru' dalam Kabinet.

"Jika kita gugurkan yang sedia ada, mereka sudah berpengalaman selama setahun dan jika masuk yang baru sudah tentu tidak pernah ada pengalaman sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Bicara Khas Malaysia Dinamik dan Bersih bersama Tun Mahathir sempena setahun pemerintahan PAKATAN memimpin Malaysia di TV1, malam tadi.

Tun Dr Mahathir berkata, beliau sendiri terpaksa mengambil masa hampir lima tahun untuk diterima majoriti ahli parti ketika baru memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, tugas pertama yang mula dipelajarinya ialah menentukan kerja yang perlu dijalankan sebagai pemimpin negara.

"Tugas kedua ialah menentukan dasar dan ketiga melaksana dasar terbabit, jadi ini semuanya mengambil masa.

"Sama seperti kerajaan sekarang, ini baru setahun, mana boleh berlaku apa-apa dalam satu malam sahaja, ia tidak mungkin begitu walau secekap dan sebijak mana kita sekalipun," katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kabinet PAKATAN perlu dirombak bagi memberi ruang kepada menteri baharu yang lebih berwibawa dan efisien dalam mengurus tadbir negara.

Katanya, kerajaan sedia ada sepatutnya menunjukkan kebijaksaan mereka mentadbir negara dan bukan mengambil keputusan menjual aset negara sambil menyalahkan kerajaan terdahulu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619