NASIONAL

Malaysia dikeluarkan senarai Statut Rom setelah PBB lengkap prosedur

8 Mei 2019, 2:31 PM
Malaysia dikeluarkan senarai Statut Rom setelah PBB lengkap prosedur

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia daripada senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB, selaku depositori bagi triti tersebut, pada 29 April lepas.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rom ICC pada 5 April lepas.

"Isu ini juga telah disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Rakyat yang telah berlangsung pada 30 April lepas yang mana persoalan mengenai perkara ini telah dijawab Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahaya," kata kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619