SELANGOR

Penduduk lega Jalan Sungai Buloh-Assam Jawa dinaiktaraf

8 Mei 2019, 5:21 AM
Penduduk lega Jalan Sungai Buloh-Assam Jawa dinaiktaraf
Penduduk lega Jalan Sungai Buloh-Assam Jawa dinaiktaraf

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 8 MEI: Penduduk di sini gembira apabila kerja naik taraf jalan raya Sungai Buloh-Assam Jawa hampir siap tidak lama lagi.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, Kerja Naik Taraf Jalan Persekutuan FT54 itu bakal memberi kemudahan lebih baik kepada penduduk setempat sekali gus dapat menggalakkan pelbagai sektor di Kuala Selangor berkembang lebih baik.

"Ia termasuk sektor pelancongan yang mana membolehkan penduduk dari dalam dan luar negeri ini mempunyai akses jalan raya yang lebih selesa, untuk ke sini.

"Sudah tentu aspek keselamatan lebih terjamin kerana sebelum ini kejadian kemalangan kerap berlaku akibat keadaan jalan yang tidak elok," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Terdahulu, kerja naik taraf jalan sepanjang 25 kilometer itu akan bersambung dengan laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) dan juga Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Projek yang menelan belanja sehingga RM411 juta itu bakal memberi kemudahan jalan raya lebih baik kepada penduduk Selangor selain mengatasi kejadian kemalangan juga menyuraikan kesesakan.

Jalan terbabit mula dinaiktaraf sejak Ogos 2016 itu dijangka siap menjelang 2021, sehingga kini status kerja sudah hampir 59 peratus siap dan menunjukkan perbezaaan 20 hari lebih awal.

Juwairiya berkata, bagi kerja itu, jalan sepanjang 12 kilometer adalah melibatkan kawasannya, bermula dari Assam Jawa ke Bukit Rotan.

"Cuma saya berharap supaya pihak kontraktor dapat memperbaiki lagi kelemahan pengurusan trafik.

"Saya berharap supaya kerja ini dapat disiapkan secepat mungkin dan meminta penduduk lebih bersabar," katanya.

Sebelum ini, Dato Menteri Besar Amirudin Shari turut turun padang melihat kerja naiktaraf yang dilakukan Jabatan Kerja Raya dan kontraktor, Aktif Unggul Sdn Bhd itu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619