SELANGOR

Pindaan projek Taman Air Manis tidak babit R&R

7 Mei 2019, 7:41 AM
Pindaan projek Taman Air Manis tidak babit R&R

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 7 MEI: Pindaan projek pembangunan bersepadu di Taman Air Manis tidak membabitkan kawasan rehat dan rawat (R&R) tetapi hanya projek pembinaan rumah.

Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, ia kini berada pada pindaan terakhir, dengan pembinaan lokasi R&R masih di tempat sama.

Beliau berkata, pihaknya akan terus berpegang kepada arahan Kerajaan Negeri dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) berhubung projek itu.

"Setakat ini, tiada pemansuhan berhubung pembinaan R&R atau pemindahan lokasi. Kita berpegang kepada arahan Kerajaan Negeri.

"Pandangan saya, lokasi itu masih relevan bagi pembinaan R&R. Apa pun kami mengikut arahan daripada MMKN jika ada cadangan perubahan berikutan kewujudan jejambat di hadapannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam sesi pendengaran awam berkenaan isu projek Pembangunan Perumahan di Taman Air Manis oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT), di Bangunan Annex, di sini.

Pendengaran awam itu dijalankan ekoran wujud aduan rasmi kepada SELCAT berhubung projek terbabit yang tiada gerak kerja sejak 10 tahun lalu.

Projek berkeluasan 10.11 hektar itu adalah milik anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Perancangan asal pembangunan terbabit adalah berasaskan konsep pembangunan bersepadu, merangkumi Rumah Selangorku serta mempunyai kedai pejabat, stesen minyak dan pusat penjaja rehat dan rawat (R&R).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619