NASIONAL

Kerajaan cadang wujud akta pendidikan tinggi baharu

7 Mei 2019, 5:28 AM
Kerajaan cadang wujud akta pendidikan tinggi baharu

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan akta pendidikan tinggi baharu, bagi menghapuskan halangan kebebasan bersuara mahasiswa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, akta baharu itu akan menggabungan akta berkaitan pendidikan tinggi iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 serta aktalain yang dilihat relevan.

Pada masa ini, katanya pihak kementerian sedang mengambil maklum balas daripada pemegang taruh institusi pendidikan.

"Jun nanti kita akan bangunkan kerangkanya dan selepas itu kita akan bawa penyediaan nota pengaluan kepada jemaah menteri.

“Pada bulan Julai hingga Oktober pula kita akan buat sesi 'townhall' untuk 'public engagement', dan kita harap rang undang-undang baharu ini dapat dibentang di Parlimen pada 2020 selepas mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara dan kabinet," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Teo menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr S. Ananthan yang bertanya apakah kerajaan akan meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dalam usaha menghapuskan halangan kebebasan bersuara mahasiswa universiti di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata dengan adanya akta baharu itu nanti, ia juga akan memberi peluang dan ruang kepada kakitangan akademik untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan lebih efektif serta akan dapat memperkaya sistem pendidikan tinggi negara.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619