NASIONAL

Xavier: Segerakan kerja pembaikan paip

7 Mei 2019, 5:02 AM
Xavier: Segerakan kerja pembaikan paip

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 MEI: Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar mengarahkan Air Selangor menyegerakan kerja pembaikan tiga paip utama yang mengakibatkan bekalan air sebahagian penduduk di Klang terjejas.

Katanya, kerja pembaikian berkenaan sudah siap dan bersedia untuk menyalurkan bekalan, namun terdapat kerosakan baru malam tadi yang berpunca daripada pergerakan tanah.

"Air Selangor sedang berusaha membaik pulih keadaan bagi memastikan bekalan air kembali secepat mungkin. Ketiga-tiga paip yang rosak itu adalah paip utama.

"Kerosakan itu berlaku akibat kegagalan dinding penahan baru yang dibina pemaju Lebuhraya West Coast Expressway (WCE), justeru kerja pembaikan sukar dan berisiko tinggi kerana terdapat tanda-tanda tanah pergerakan di dinding penahan," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Air Selangor mengesahkan tempoh siap kerja pembaikan tiga paip utama berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping yang pecah hujung minggu lalu, terpaksa dilanjutkan.

Sebanyak 65 kawasan membabitkan 175,000 pemegang akaun khususnya sebahagian Klang terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619