SELANGOR

Tourism Selangor promosi pelancongan di ATM2019

6 Mei 2019, 7:25 AM
Tourism Selangor promosi pelancongan di ATM2019
Tourism Selangor promosi pelancongan di ATM2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 MEI: Tourism Selangor terus mempromosikan produk dan kemudahan pelancongannya di Arabian Travel Market (ATM) 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Dubai dari 28 April hingga 1 Mei.

EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Dato' Abdul Rashid Asari berkata, ATM merupakan salah satu tonggak penting untuk mempromosikan destinasi pelancongan dinamik di Selangor.

Katanya, menerusinya, Kerajaan Negeri dapat membuka pintu pertumbuhan ekonomi menerusi sektor pelancongan yang mampan pada masa hadapan.

"Ia juga akan memberi tumpuan dalam memperkukuhkan jenama pelancongan negara dan mempromosikannya sebagai destinasi leisure, perubatan, Golf dan Perniagaan (M.I.C.E) untuk pasaran Timur Tengah.

"Produk pelancongan pelbagai Selangor merangkumi suasana dan reputasi kosmopolitan yang bergaya untuk hotel atau resort mewah.

"Ia termasuk taman tema dan lokasi hiburan, landskap eko kecantikan semulajadi yang menakjubkan; bandar pintar dan warisan seni bina," katanya.

Untuk rekod, Selangor mencatatkan kedatangan 7.23 juta pelancong pada 2018 dan lebih 185,000 dari Timur Tengah.

Sejumlah RM5.5 bilion turut dicatatkan menerusi industri itu dan dijangka meningkat 2 hingga 3 peratus dengan jumlah 7.7 juta pelancong domestik dan antarabangsa pada tahun ini.

Justeru, Abdul Rashid komited sasaran itu mampu dicapai dengan sokongan daripada semua pihak termasuk agensi pelancongan, swasta dan badan bukan kerajaan.

"Antara tempat yang menarik perhatian pelancong dari negara itu ialah Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, Taman Hutan Eco Kanching, Avani Sepang Goldcoast, i-City Shah Alam, One Utama Shopping Centre, The Curve Damansara dan Litar Antarabangsa Sepang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619