NASIONAL

Saifuddin: Kerajaan PH tidak pinggir Islam

4 Mei 2019, 1:09 PM
Saifuddin: Kerajaan PH tidak pinggir Islam

KUANTAN, 4 MEI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah meminggirkan Islam, sebaliknya melaksanakan pelbagai agenda yang mendaulatkan agama rasmi negara.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, antara contoh yang boleh dilihat ialah usaha kerajaan memulihkan semula institusi Islam terbesar negara, Tabung Haji.

"PH juga memperkenalkan gagasan rahmatan lil alamin iaitu rahmat kepada semua serta prinsip maqasid syariah yang meletakkan objektif syariah di tempat yang lebih tinggi.

"Kerajaan juga memberi perhatian kepada institusi tahfiz seperti pemberian bantuan kewangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Apresiasi Kecemerlangan Akademik dan Pelancaran Program Sinar Kasih peringkat Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.

Saifuddin yang juga Menteri Luar berkata demikian semasa diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenainya, termasuk Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang menganjurkan Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara hari ini.

Beliau bagaimanapun menyifatkan penganjur perhimpunan itu berhak untuk berhimpun memandangkan ia adalah sebahagian daripada hak kebebasan bersuara.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad semasa mengulas perhimpunan berkenaan berkata tanggapan bahawa Islam diancam pada pada masa ini ialah satu persepsi yang sengaja diada-adakan.

“Kerajaan PH menyelamatkan Melayu dan Islam dengan memastikan pentadbiran negara bersih dari salah guna kuasa dan rasuah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Festival Ramadan Putrayaja 2019 di Presint 3, Putrajaya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619