NASIONAL

Teresa Kok teraju misi promosi minyak sawit ke pasaran utama Eropah

4 Mei 2019, 1:01 AM
Teresa Kok teraju misi promosi minyak sawit ke pasaran utama Eropah

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Menteri Industri Utama, Teresa Kok sedang mengetuai misi promosi dan ekonomi minyak sawit ke London (United Kingdom), Brussels (Belgium), Berlin (Jerman), dan Rom (Itali) pada 3 hingga 13 Mei ini.

Kementerian Industri Utama dalam satu kenyataan berkata, delegasi beliau akan terdiri daripada para pegawai kementerian, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

"Sepanjang misi, beliau akan berbincang dengan para pegawai dan pemegang kepentingan yang berpengaruh dari kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang juga merupakan rakan perdagangan penting minyak sawit di kesatuan tersebut.

“Misi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mempromosikan minyak sawit dan produk-produk berasaskan kelapa sawit di dalam pasaran utama termasuk bagi menangani sentimen anti minyak sawit di rantau berkenaan," katanya.

Ia juga akan membantu Malaysia memperkukuhkan hubungan perdagangan dua hala dengan pasaran penting itu dan memahami perspektif mereka mengenai pelaksanaan domestik Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II (EU RED II) dan sektor minyak sawit secara menyeluruh.

Teresa juga akan melawat Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak, sebuah pusat promosi dan penyelidikan di bawah Lembaga Getah Malaysia yang terletak di UK.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619