NASIONAL

Labuan cipta rekod menerusi tarian tradisional

3 Mei 2019, 9:23 AM
Labuan cipta rekod menerusi tarian tradisional

LABUAN, 3 MEI: Labuan mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila 1,000 penari tempatan mempersembahkan 60 tarian tradisional tanpa henti selama 2 jam dan 36 minit dalam persembahan Tarian Perpaduan malam tadi.

Rekod itu mengatasi rekod MBR yang dicatatkan di Miri pada 2017 dengan 41 jenis persembahan tarian.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Labuan, Mimie Duasah Selvakumar selaku pengerusi penganjur, berkata sebanyak 36 Rukun Tetangga), 27 Taska dan Tadika Perpaduan serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan terlibat dalam mencatatkan rekod baharu itu

"Kita berterima kasih atas komitmen penuh para penari kerana dapat membantu kita dalam usaha memecahkan rekod ... pada mulanya kita menyasarkan 52 jenis tarian tetapi persembahan tarian mereka di luar jangkaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata usaha itu akan membantu mempromosikan aktiviti menari secara beramai-ramai kepada penduduk setempat.

Mimie berkata lebih 3, 500 orang turut mengambil bahagian dalam persembahan tarian terakhir.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619