NASIONAL

Datuk Tengku Maimun dilantik Ketua Hakim Negara baharu

2 Mei 2019, 11:10 AM
Datuk Tengku Maimun dilantik Ketua Hakim Negara baharu

OLEH SHEEDA FATHIL

PUTRAJAYA, 2 MEI: Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, memperkenankan pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

"Pelantikan ini sejurus selepas tempoh perkhidmatan Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara berakhir pada 12 April lalu selepas mencapai usia 66 tahun.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Panglima Richard di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan berkenaan," katanya.

Ia menyaksikan Tengku Maimun muncul sebagai wanita pertama di negara ini dilantik memegang jawatan tertinggi berkenaan.

Sementara itu, majlis penyampaian watikah pelantikan kepada Tengku Maimun dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan juga sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Pengesahan itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619