SUKANKINI

Alex Yoong: Perlu lebih banyak litar lumba di negara ini

2 Mei 2019, 10:52 AM
Alex Yoong: Perlu lebih banyak litar lumba di negara ini

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Malaysia memerlukan lebih banyak litar lumba seperti di Sepang jika ingin menganjurkan kembali perlumbaan Formula Satu (F1), kata bekas pelumba F1 negara, Alex Yoong.

Beliau berkata, ianya kerana terdapat beberapa litar lumba berhampiran dengan negara kita antaranya Marina Bay Street Circuit, Singapura dan Suzuka Circuit, Jepun yang digunakan sebagai litar perlumbaan Formula Satu.

"Sebab itulah kita memerlukan lebih dari satu litar jika perlumbaan F1 ingin dikembalikan," katanya

Pada masa sama, Alex berkata, peminat baharu F1 hanya meminati pemandunya sahaja berbanding peminat terdahulu yang bukan hanya sekadar meminati pelumba malah perlumbaan itu sendiri.

"Mereka tidak kisah jika ianya membosankan atau menarik dan peminat ini yang akan mengembalikan sukan permotoran F1 berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Pelancaran eRacing Grand Prix yang berlangsung di Pusat Membeli Belah Sunway Velocity, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong bagi menyempurnakan majlis pelancaran program berkenaan.

Terdahulu, di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menamatkan penganjuran F1 kerana ia dikatakan tidak menguntungkan berikutan sambutan kurang memberangsangkan dan tidak mampu menampung kos penyelenggaraan yang tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan baharu Pakatan Harapan diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan mengembalikan semula perlumbaan terbabit yang kali terakhir dihoskan Malaysia tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619