SELANGOR

MBSA sedia perkhidmatan 164 RORO secara percuma

2 Mei 2019, 8:53 AM
MBSA sedia perkhidmatan 164 RORO secara percuma

SHAH ALAM, 2 MEI: Bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal dalam persediaan menyambut Aidilfitri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan tong 'Roll On Roll Off' (RORO) secara percuma.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, sebanyak 164 tong RORO bersaiz 3 tan akan diletakan di sekitar Shah Alam bagi memudahkan orang awam membuang sampah pukal seperti perabut lama dan barangan elektrik.

Katanya, perkhidmatan itu bermula dari 6 Mei hingga 22 Mei dengan meletakkan tong RORO di lokasi sesuai secara berperingkat untuk kemudahan penduduk.

"Tujuan pelaksanaan perkhidmatan tong RORO ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk melaksanakan aktiviti gotong royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing.

"Ia juga bertujuan memberikan didikan kepada warga Shah Alam tentang pengurusan sampah pukal dengan cara yang betul," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Shahrin berkata MBSA turut berharap penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah pukal di dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan selain menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih serta selesa.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA di talian 03-5519 6402.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619