SELANGOR

PREC bawa konsep Taj Mahal di FESTIRA'19

30 Apr 2019, 2:00 PM
PREC bawa konsep Taj Mahal di FESTIRA'19

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 30 APR: Festival Ramadan Selangor 2019 (FESTIRA'19) anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) tampil berbeza dengan membawakan konsep Taj Mahal di Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fakru Radzi Ab Ghani berkata, bangunan aset miliknya di Kompleks PKNS Shah Alam turut berkonsepkan Memori Desa Lebaran, manakala Royal Eid di SACC Mall.

"Pastinya suasana kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya kerana kami telah memberi nafas baharu menerusi beberapa pembaharuan,

"Pada masa sama, dengan adanya konsep ini, ia dapat memberi satu tarikan kepada pengunjung berswafoto dan memuat naik di media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui media di majlis perasmian FESTIRA'19 di kompleks PKNS, di sini, hari ini.

Fakru Radzi berkata, pihaknya turut menyasarkan seramai 2.5 juta pengunjung tahun ini bagi ketiga aset miliknya itu.

Majlis disempurnakan Ahli Jawatankuasa Kerja PREC merangkap Pengurus Kanan Teknologi Maklumat PKNS, Saharom Mohni.

FOTO: HAFIZ OTHMAN (SELANGORKINI)

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619