NASIONAL

Pelantikan ketua hakim negara masih tunggu perkenan Majlis Raja-Raja

30 Apr 2019, 6:37 AM
Pelantikan ketua hakim negara masih tunggu perkenan Majlis Raja-Raja

PUTRAJAYA, 30 APR: Kerajaan masih menunggu perkenan Majlis Raja-Raja berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanapun menjangkakan perkenan itu akan dibuat sebelum minggu ini berakhir.

"Kita sekarang sedang menunggu 'approval' (perkenan) dari Majlis Raja-Raja.

"Saya fikir ia akan dibuat sebelum hujung minggu ini," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Jawatan Ketua Hakim Negara sebelum ini dipegang oleh Tan Sri Richard Malanjum yang telah bersara pada 12 April lalu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619