SELANGOR

Sasar 10,000 peserta PTRS lulus SPM 2019 - MB

27 Apr 2019, 8:04 AM
Sasar 10,000 peserta PTRS lulus SPM 2019 - MB
Sasar 10,000 peserta PTRS lulus SPM 2019 - MB
Sasar 10,000 peserta PTRS lulus SPM 2019 - MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG, 27 APR : Sekurang-kurangnya 10,000 peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) disasar menerima sijil sekali gus lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keyakinan itu diluahkan apabila adanya kerjasama lebih erat antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) di bawah Kerajaan Persekutuan, yang kini selari bernaung di bawah kepimpinan sama.

Justeru, hasil kerjasama itu akan membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan PTRS dengan beberapa penambahbaikan, pada tahun ini.

"Kerajaan Negeri berharap pelajar berpotensi gagal ketika tingkatan empat dianjak menjadi pelajar yang lulus pada SPM akan datang.

"Selain itu para pelajar yang mengikuti PTRS akan mendapat bahan yang berkualiti yang disediakan oleh guru pakar dalam subjek masing-masing.

"Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak jabatan yang telah memberikan komitmen yang sangat baik dalam pemilihan pelajar serta guru-guru yang akan melaksanakan PTRS pada tahun ini," katanya dalam ucapan.

Beliau memperincikan perkara itu ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor bertempat di Hotel Sama-Sama, hari ini.

Hadir sama Pengarah JPS, Mohd Salleh Mohd Kassim.

Amirudin berkata, PTRS yang dijalankan sejak sembilan tahun lalu membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Katanya, melalui program ini, Kerajaan Negeri mensasarkan pelajar berprestasi sederhana dan lemah dalam akademik serta dalam kalangan keluarga yang berpendapatan di bawah RM2,000.

"Ia mencakupi 56 kawasan Dewan Undangan Negeri serta melibatkan 196 buah sekolah.

"Penambahbaikan yang kita lakukan pada tahun ini PTRS berfokus kepada lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619