SELANGOR

Muzium Sultan Alam Shah ditutup 13 bulan

25 Apr 2019, 11:00 AM
Muzium Sultan Alam Shah ditutup 13 bulan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 APRIL: Muzium Sultan Alam Shah, di sini akan ditutup sementara untuk lawatan pengunjung, berkuat kuasa pada 1 Mei ini hingga 31 Mei 2020.

Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) memaklumkan, penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja naik taraf dan pengubahsuaian membabitkan kesemua balai pameran tetap.

"Penutupan ini walaubagaimanapun tidak termasuk bagi kemudahan Dewan Raja Lumu dan Auditorium Daeng Chelak serta permohonan untuk penyewaan masih dibuka seperti biasa.

"Program Semarak Warisan juga akan berlangsung seperti biasa pada setiap Ahad minggu kedua pada 10 pagi hingga 5 petang di Lobi Semarak Muzium Sultan Alam Shah," katanya dalam kenyataan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Perhubungan Awam PADAT di nombor 03-5519 0050 / 5510 3220 /5510 3190 atau e-mel kepada korporat@padat.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619