PENDIDIKAN

Amalkan membaca 10 minit sehari

23 Apr 2019, 9:39 AM
Amalkan membaca 10 minit sehari

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 APR: Masyarakat digalakkan meluangkan masa membaca buku sekurang-kurangnya 10 minit sehari, kata Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad.

Beliau berkata, kemodenan dan kemajuan teknologi pada masa kini tidak bererti untuk masyarakat melupakan media tradisional dengan amalan membaca buku.

Katanya, budaya digital dan kepantasan akses maklumat memberi kesan yang besar terhadap budaya membaca masa kini.

"Pada era ini, disebabkan limpahan maklumat dalam telefon bimbit masing-masing yang kebanyakannya berasal daripada pelbagai "WhatsApp group" dan media sosial, majoriti antara kita kurang membaca secara teliti dan mendalam, kerana kebiasaannya hanya "scan" maklumat diperolehi depan mata.

"Perkembangan ini menimbulkan satu cabaran terhadap pembacaan, sama ada membaca untuk memdalami ilmu pengetahuan atau membaca secara santai sebagai hobi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, segelintir masyarakat masa kini terlalu sibuk "be in the know" sekali gus terlupa menghayati erti sebenar membaca.

"Menjadi seorang yang celik huruf amat perlu, namun itu sahaja belum mencukupi kerana membaca adalah lebih daripada sekadar perbuatan teknikal yang membolehkan kita berkomunikasi, menggunakan media dan melakukan aktiviti harian.

"Malah, emosi positif yang terhasil daripada keseronokan pembacaan akan mencetuskan keinginan untuk membaca lebih banyak lagi," katanya.

Terdahulu, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit itu diadakan secara serentak di seluruh negara berkonsepkan Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit pada jam 11 pagi tadi.

FOTO: REMY ARIFIN (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619