NASIONAL

ECRL: Tanah berhampiran stesen tidak diberi percuma

23 Apr 2019, 6:58 AM
ECRL: Tanah berhampiran stesen tidak diberi percuma
ECRL: Tanah berhampiran stesen tidak diberi percuma

PUTRAJAYA, 23 APR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menolak dakwaan bahawa 4,500 ekar tanah di sepanjang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diberikan secara percuma kepada China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Guan Eng mengulas dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin bahawa untuk ‘diskaun’ sebanyak RM21.5 bilion, CCCC diberikan kira-kira 4,500 ekar tanah di tujuh taman perindustrian yang berbeza berhampiran stesen ECRL.

ECRL diteruskan dengan perjanjian yang lebih baik dengan CCCC, dengan kos ECRL dikurangkan kepada RM44 bilion daripada RM65.5 bilion sebelum ini, penjimatan sebanyak RM21.5 bilion.

"Saya tidak dimaklumkan mengenai 4,500 ekar diberikan secara percuma. Saya tidak fikir itu betul. Melihat kepada kontrak, jika terdapat apa-apa tambahan, ia perlu melalui Kabinet.

"Setakat ini, kami tidak dimaklumkan mengenai apa-apa tambahan 4,500 ekar diberikan secara percuma. Saya tidak fikir begitu," katanya.

Guan Eng berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi Program Kerjasama Industri antara kerajaan Malaysia dan Bombardier Hartasuma Consortium di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Katanya, butiran kontrak rasmi akan didedahkan.

"Setakat yang saya tahu, ia tidak diberikan secara percuma. Jika anda melihat TOD (pembangunan berorientasikan transit), justeru, ia bukan percuma. TOD merupakan kaedah standard untuk semua projek infrastruktur," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619