NASIONAL

Majikan gagal lindung kebajikan pekerja berdepan penalti tinggi

17 Apr 2019, 9:00 AM
Majikan gagal lindung kebajikan pekerja berdepan penalti tinggi

LANGKAWI, 17 APRIL: Pindaan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengenakan penalti lebih tinggi ke atas majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, ketika ini proses pindaan terhadap akta terbabit masih dalam pelaksanaan dan diharap dapat dibawa pada persidangan Parlimen akan datang.

"Antara pindaan akta berkenaan ialah menaikkan kadar penalti ke atas majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja.

"Buat masa ini, kadar maksimum penalti dikenakan ialah RM50,000 yang mudah untuk pemaju projek besar membayarnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar OSH for Langkawi, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Omar Mat Piah.

Sementara itu, Mahfuz berkata, kementerian menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyiasat 3,773 kes kemalangan pekerjaan tahun lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 297 kes adalah kemalangan maut dengan sektor pembinaan merupakan penyumbang utama, iaitu 113 kes.

“Sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 27,014 pemeriksaan dan penguatkuasaan oleh JKKP dijalankan di seluruh negara dan daripada jumlah terbabit, sebanyak 27,024 notis dikeluarkan.

“Sebanyak 945 kesalahan direkodkan dan dikenakan kompaun berjumlah RM1.449 juta dan 318 kes didakwa di mahkamah membabitkan jumlah penalti RM3.714 juta,” katanya. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619