BERITA UTAMA

Malaysia Airlines nafi kadar tambahan bayaran bagasi

17 Apr 2019, 12:00 AM
Malaysia Airlines nafi kadar tambahan bayaran bagasi

KUALA LUMPUR, 17 APR: Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul.

MAS dalam satu kenyataan berkata, bahawa kadar bagasi tambahan (pra bayar) masih berlandaskan kepada tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.

"Terdapat dua jenis kadar bagasi, satu untuk bagasi tambahan (pra bayar) dan satu lagi untuk bagasi berlebihan. Bagi bagasi berlebihan yang dibayar semasa daftar masuk di lapangan terbang, kadarnya tetap sama.

"Kadar untuk bagasi tambahan (prabayar) adalah dinamik bergantung kepada sektor, promosi, permintaan dan sebagainya. Penumpang bagaimanapun dapat mengetahui kadar tersebut semasa membuat tempahan melalui “my booking” atau semasa aliran tempahan," kata MAS dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam.

Pada masa ini, senarai caj untuk tambahan bayaran bagasi untuk Ekonomi Lite untuk MAS tanpa sebarang elaun bagasi telah tular menerusi media sosial.

Kenyataan itu menasihatkan penumpang untuk klik pada pautan https://mhcare.malaysiaairlines.com/faq/s/article/Excess-Baggage-What-is-the-excess-baggage-fee-structure?language=en_US, untuk melihat struktur yang sah.

Bermula 8 April 2019, penumpang yang melakukan perjalanan di Malaysia dalam kelas ekonomi MAS dapat memilih kombinasi tambang dan perkhidmatan yang terikat.

Ia meliputi beberapa keistimewaan termasuk elaun bagasi serta pilihan lain, yang membolehkan penumpang membayar apa yang mereka perlukan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619