NASIONAL

Disiplin penyokong parti politik kurang memuaskan - SPR

13 Apr 2019, 6:12 AM
Disiplin penyokong parti politik kurang memuaskan - SPR

SEREMBAN, 13 APR: Disiplin penyokong parti politik pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini, kurang memuaskan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, ini kerana masih terdapat beberapa barong yang didirikan berhampiran pusat mengundi.

“Perjalanan PRK berjalan lancar (setakat 11.30 pagi), saya sudah lawat tiga pusat mengundi, cuma disiplin calon dan parti politik agak kurang memuaskan kerana terdapat barong-barong panas masih dibina.

“Macam di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Seri Sendayan, ada dua barong tetapi yang beroperasi hanya dari satu pihak iaitu Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun saya sendiri suruh berhentikan, mereka berhentikan 15 minit namun minit ke 16 sudah mula balik, saya kena bagi amaran dua kali baru berhenti, kemudian mula balik semak pula pakai telefon bimbit,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembinaan barong di sekitar pusat mengundi bagi menyemak saluran pengundi yang ingin mengundi.

Setakat pukul 11 pagi, Azhar Azizan berkata, jumlah peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 38 peratus.

“Bagi saya memuaskan kalau tiga jam dah 38 peratus, ada lagi enam jam setengah, kalau lagi 38 peratus lagi sudah 76 peratus... tak berani nak cakap tetapi kalau ikut trend dan dari segi logik sepatutunya pada 5.30 perang sudah boleh dapat 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini seperti kekecohan atau pergaduhan berlaku setakat ini.

“Kita tidak mahu kekecohan berlaku, kalau kita suruh berhenti tetapi mereka nak teruskan juga, kita guna pendekatan lembut, kita rakam peristiwa untuk kita buat laporan polis dikemudian hari.

PRK DUN Rantau hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, calon Barisan Nasional yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619