SUKANKINI

Kelantan akur keputusan FAM tarik tiga mata

12 Apr 2019, 11:39 AM
Kelantan akur keputusan FAM tarik tiga mata

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 12 APR: Kelantan terpaksa akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik tiga mata dalam saingan Liga Perdana ekoran gagal membayar pampasan kepada bekas Pengarah Teknikalnya, Alfredo Carlo Gonzalez berjumlah RM235,686.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, hukuman itu rentetan kegagalan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi menjelaskan tuntutan rasmi Gonzalez.

"FAM mahu mengingatkan serta menasihati ahli gabungan lain supaya tidak mengambil mudah arahan berkaitan hukuman dijatuhkan FIFA atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana kesan dan akibatnya," katanya menerusi laman sesawangnya, https://www.fam.org.my/

Bekas pemain antarabangsa Uruguay itu dilaporkan telah membuat laporan kepada FIFA pada Januari 2018 susulan tidak berpuas hati dengan tindakan KAFA.

Terdahulu, FAM sudah mengumumkan bahawa pasukan Kelantan secara serta merta dipotong tiga mata dalam saingan Liga Perdana.

Pemotongan tiga mata itu menyaksikan Kelantan turun satu anak tangga ke kedudukan ke-10 dengan kutipan empat mata daripada tujuh perlawanan.

Pada April 2017, Gonzalez telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan oleh bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pada, bagaimanapun kontraknya dilaporkan ditamatkan dua bulan kemudian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619