NASIONAL

Hina Agong: Ketua Polis Negara diarah siasat segera

12 Apr 2019, 9:47 AM
Hina Agong: Ketua Polis Negara diarah siasat segera

PUTRAJAYA, 12 APR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengecam keras paparan di Facebook (FB) yang dimuat naik oleh kumpulan mengelar diri mereka ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ berhubung gambar yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di lamam sosial tersebut.

Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata selain menghina Raja, tindakan menggubah gambar Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat kes ini dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan,” katanya dalam entri terbaru di laman FB miliknya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat.

Beliau ​​​​​​​juga menyifatkan ia adalah satu perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat serta bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab susulan imej yang menghina itu dimuat naik di laman FB semalam.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619