SELANGOR

Selangor Synergies: Bincang perkembangan 'Selangor Maritime Gateway'

11 Apr 2019, 4:25 AM
Selangor Synergies: Bincang perkembangan 'Selangor Maritime Gateway'
Selangor Synergies: Bincang perkembangan 'Selangor Maritime Gateway'

OLEH NADIAH ZAMLUS

SUBANG JAYA, 11 APRIL: Selangor Synergies yang memasuki siri ketujuh kali ini membincangkan langkah penambahbaikan untuk meningkatkan kedudukan negeri itu sebagai 'Smart State’.

Forum perniagaan bertajuk 'Selangor Maritime Gateway' (SMG) itu menyaksikan pemegang taruh, kerajaan dan industri swasta membincangkan inisiatif menghidupkan kembali Sungai Klang serta kawasan sekitarnya menerusi projek berkenaan.

Forum sorotan anjuran Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor itu turut membincangkan kesan SMG kepada industri perumahan, pengangkutan, komersial, sosial, industri dan perkembangan peruncitan di negeri ini.

Antara panel yang menyertai forum yang dihadiri kira-kira 100 peserta itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Knowledge Economic City Madinah, Dato' Mahmud Abbas; Ketua Pegawai Eksekutif Business Sweeden di Malaysia, Sara Hedin; Ketua Pegawai Eksekutif Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Westport Holdings Berhad, Datuk Ruben Emir Gnanalingam.

Forum yang berlangsung hampir dua jam di Hotel Dorsett Grand Subang itu dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IBR Asia, Dato' Beatrice Nirmala.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619