NASIONAL

PRK Rantau: Polis buka 15 kertas siasatan

9 Apr 2019, 3:18 AM
PRK Rantau: Polis buka 15 kertas siasatan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 APR: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban mengesahkan setakat ini pihaknya menerima 73 laporan sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pegawai Media Polis PRK DUN Rantau, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin ketika ditemui media di Balai Polis Rantau menjelang proses pengundian awal berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka.

"Setakat hari ini, kita telah menerima lebih kurang 238 permohonan permit dan kesemuanya telah diluluskan. Selain itu, 73 laporan polis telah diterima dan 15 kertas siasatan dibuka.

"Bagi 15 kertas siasatan yang dibuka adalah di bawah kesalahan pilihan raya dan juga pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

"Begitupun, tiada apa yang serius berlaku yang dan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya, lapor Astro Awani.

Seramai 110 daripada jumlah keseluruhan 118 pengundi awal bagi PRK Rantau Pilihan akan mengundi pada hari ini.

Mereka adalah 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Baki seramai lapan pengundi yang terdiri daripada anggota tentera akan mengundi secara pos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619