NASIONAL

PRK Rantau: Semak maklumat sebelum mengundi

7 Apr 2019, 3:59 AM
PRK Rantau: Semak maklumat sebelum mengundi

SEREMBAN, 7 APRIL: Pengundi di Bahagian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Rantau yang tidak menerima kad pengundi (Voter’s Card) boleh membuat semakan maklumat pengundian mereka lebih awal sebelum hari pengundian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Azhar Azizan Harun berkata pengundi yang tidak menerima kad tersebut kemungkinan telah berpindah dan mereka boleh membuat semakan melalui saluran-saluran antaranya melayari portal SPR di www.spr.gov.my.

“Selain itu mereka juga boleh menghubungi talian 03-88927018 atau menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak atau SMS ke 15888 (taip SPR SEMAK NO.KAD PENGENALAN).

“Bagi pengundi yang telah menerima Voter's Card atau telah mengetahui maklumat pengundian, mereka tidak perlu membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi.

“Manakala bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, para pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan voter’s card atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Voter’s Card dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi,” katanya.

PRK DUN Rantau akan diadakan pada 13 April ini manakala hari mengundi awal pada 9 April. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619