SELANGOR

Mahkamah Rayuan benar Notis Usul MAIS, KUIS

5 Apr 2019, 9:41 AM
Mahkamah Rayuan benar Notis Usul MAIS, KUIS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 5 APR: Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan Notis Usul Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk penggantungan penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengerusi MAIS, Dato' Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputuan pelaksanaan itu dibuat mahkamah terbabit berkuat kuasa semalam.

Katanya, melalui notis penggantungan pelaksanaan penghakiman bertarikh 12 November tahun lalu, memerintahkan MAIS dan KUIS membayar RM326 juta kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) berhubung kemudahan pembiayaan pembinaan bangunan kediaman asrama dan pusat pelajar KUIS dibuat Redha Resources Sdn Bhd serta penjamin pembiayaan.

"Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu bersetuju dengan hujah peguam panel MAIS dan KUIS bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan penghakiman.

"Mahkamah Rayuan juga mendengar hujahan MAIS dan KUIS bahawa mereka tidak pernah menjamin keberhutangan Redha Resources Sdn Bhd dengan BMMB," katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Khusrin berkata, dalam membenarkan notis usul MAIS dan KUIS, mahkamah turut mengambil kira kepentingan orang awam yang akan terkesan serta risiko akan berlaku terhadap opersi kutipan juga agihan zakat termasuk lain-lain pelaksanaan amanah oleh MAIS dan KUIS.

"MAIS mengucapkan terma kasih kepada semua peguam panel MAIS dan KUIS yang bertungkus lumus menyediakan hujahan yang diterima Mahkamah Rayuan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619