NASIONAL

Aplikasi 'Verify Halal' bantu pelancong kenal pasti produk halal

5 Apr 2019, 2:44 AM
Aplikasi 'Verify Halal' bantu pelancong kenal pasti produk halal
Aplikasi 'Verify Halal' bantu pelancong kenal pasti produk halal

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 5 APR: Aplikasi 'Verify Halal' dapat membantu pelancong khususnya umat Islam yang berkunjung ke luar negara bagi mencari produk halal.

Ketua perkongsian antarabangsa dan acara global Serunai Commerce Sdn Bhd, Intan Suriya berkata, melaluinya, pengguna boleh membuat semakan status bagi mencari restoran, kafe dan juga produk halal.

"Selepas ini, jika anda berkunjung ke mana-mana negara, tidak perlu lagi pening kepala untuk membuat semakan melalui Google atau sebagainya, sebaliknya hanya gunakan 'Verify Halal' sahaja.

"Sehingga kini aplikasi berkenaan sudah dimuat turun lebih 100,000 pengguna sejak mula dicipta tahun lalu," katanya kepada SelangorKini.

Serunai Commerce Sdn Bhd adalah salah satu peserta yang menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Mengulas lanjut, Intan berkata, aplikasi dihasilkan melalui usahasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut berjaya menangani isu viral yang tidak sahih, terutamanya berkaitan status halal.

"Melaluinya, orang ramai boleh memeriksa status halal sesuatu produk hanya di hujung jari tanpa perlu bersusah payah menghubungi JAKIM.

"Hanya menggunakan aplikasi percuma ini, isu yang tidak sahih atau ragu-ragu boleh ditangani segera, ia sekali gus membantu umat Islam tidak lagi berasa was-was," katanya.

Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Google Play dan juga AppStore.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619