SELANGOR

Pavilion Selangor tawar pelbagai produk halal

3 Apr 2019, 10:02 AM
Pavilion Selangor tawar pelbagai produk halal

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 APR: Pavilion Selangor menawarkan pelbagai produk halal kepada pengunjung Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019, bermula dari 3 hingga 6 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato' Hasan Azhari Idris berkata, terdapat 40 pempamer yang terdiri daripada industri makanan, perhotelan, pembangunan hartanah dan juga pengangkutan.

"Menariknya kali ini, Selangor di antara negeri yang membawa pempamer teramai berbanding negeri lain.

"Oleh itu, saya yakin pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat berguna khususnya mengenai industri halal dari Selangor," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Hasan Azhari berkata, ia adalah penganjuran kali kedua yang disertai Invest Selangor ketika penganjuran MIHAS.

"Selangor berbangga kerana kita juga adalah di antara negeri yang mempunyai paling banyak syarikat mempunyai sijil halal.

"Malah mereka juga di antara penyumbang besar kepada ekonomi negeri, oleh itu saya mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke Pavilion Selangor," katanya.

Antara pempamer yang menyertai Pavilion Selangor kali ini ialah, Bangi Hotel Resort; Central Spectrum (M) Sdn Bhd; Cookies Most Wanted; Northport; Samza Food; HP Artisan Sdn Bhd dan Palm Fiber Sdn Bhd.

Orang ramai boleh maklumat lanjut mengenai Pavilion Selangor melalui facebook dan instagram: Selangorpavilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619