NASIONAL

Tiket ETS, KTM Intercity sempena Aidilfitri mula dijual 10 April

3 Apr 2019, 9:06 AM
Tiket ETS, KTM Intercity sempena Aidilfitri mula dijual 10 April

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 3 APR: Bersempena kedatangan Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula membuka kaunter jualan tiket perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dan KTM Intercity pada 10 April ini.

Berdasarkan kenyataan Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang ingin pulang ke kampung boleh mula membeli tiket itu seawal jam 8.30 pagi.

Difahamkan, tiket bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity itu adalah bagi perjalanan antara 1 Mei hingga 16 Jun berdasarkan jadual waktu perjalanan sedia ada.

"Sejumlah 36 perjalanan keretapi ETS dan 49 bagi KTM Intercity disediakan untuk menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu.

"Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau menerusi aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta di kaunter tiket KTMB.

"Selain itu, kadar bagi tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral - Woodlands -JB Sentral) kekal seperti biasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang awam boleh melayari laman web rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my, KTM Berhad (Facebook), @ktm_berhad (Twitter) dan @ktmbofficial (Instagram) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619