NASIONAL

MOA tekad keluarkan petani, nelayan daripada garis kemiskinan

3 Apr 2019, 8:52 AM
MOA tekad keluarkan petani, nelayan daripada garis kemiskinan

OLEH NAZLI IBRAHIM

TANJUNG KARANG, 3 APR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tekad berjuang untuk mengeluarkan golongan petani dan nelayan daripada garisan kemiskinan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, hal ini kerana golongan terbabit adalah benteng pertahanan makanan negara yang sangat penting bagi menjamin ketenteraman, kemakmuran dan kesejahteraan negara.

"Cuba bayangkan tiga hari tiada bekalan beras, negara akan huru hara, gedung perniagaan akan dipecahkan kerana orang ramai berebut nak dapatkan bekalan makanan.

"Saya letak hala tuju untuk kementerian berjuang mengeluarkan petani kita keluar daripada garis kemiskinan.

"Selagi mereka miskin kita tidak akan berjaya, selagi mereka miskin negara akan menghadapi masalah dan kita akan berusaha sekuat mungkin meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Benih Padi Sah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertanian Sungai Burong di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim.

Katanya, golongan petani, pesawah dan nelayan adalah elemen penting dalam negara seperti mana anggota keselamatan seperti polis dan tentera.

Salahuddin berkata, tindakan segelintir pihak mengambil kesempatan ke atas golongan ini adalah mereka tidak bertanggung jawab.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619