SELANGOR

Jom ke Ekspo WLAM 6 & 7 April ini

2 Apr 2019, 8:02 AM
Jom ke Ekspo WLAM 6 & 7 April ini
Jom ke Ekspo WLAM 6 & 7 April ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 APR: Orang ramai terutama yang berada di sekitar Hulu Selangor dijemput hadir ke Eskpo 'World Landscape Architecture Month' 2019 di Taman Awam Jenjarum, Bukit Beruntung.

Ekspo anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) itu diadakan selama dua hari bermula 6 hingga 7 April ini.

Berdasarkan kenyataan di Facebook MDHS, program yang disambut setiap tahun pada April itu bertujuan mengiktiraf Senibina Landskap serta menghubungkan American Society Landscape Architecture (ASLA) dengan arkitek landskap dan organisasi lain.

 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan selama dua hari itu antaranya Pertandingan Rekabentuk Landskap, Pertandingan Fotografi Landskap dan program indah persekitaran.

Selain itu, turut diadakan Kejohanan Sukan WLAM 2019 dan Cyber Games pertandingan mewarna dan jigsaw puzzle khas kepada kanak-kanak serta pertandingan gubahan pasu untuk dewasa.

Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan, sila hubungi Jabatan Landskap di talian 03-6064 1726.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619