SELANGOR

Zuraida tinjau kawasan terjejas banjir lumpur

1 Apr 2019, 5:01 AM
Zuraida tinjau kawasan terjejas banjir lumpur
Zuraida tinjau kawasan terjejas banjir lumpur

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 APR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin melawat kawasan terjejas akibat banjir lumpur di Taman Siera Ukay Perdana, malam tadi.

Beliau meluangkan masa hampir dua jam di lokasi kejadian pagi ini sambil diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dato' Abd Hamid Hussain.

Menerusi perkongsian foto di Twitter @AmpangP99, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut mendengar luahan penduduk setempat berkaitan kejadian.

Selain itu, pihak bomba turut berada di tempat kejadian sejak semalam bagi membantu membersihkan kawasan terjejas.

Dalam perkembangan sama, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, terima panggilan kecemasan pada jam 11.14 malam tadi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dengan kekutan tujuh anggota digerakkan ke tempat kejadian.

"Setibanya jentera dilokasi didapati benar berlaku banjir kilat. Terdapat banyak lumpur di atas laluan jalanraya di sebabkan kerja-kerja pembinaan di hadapan rumah taman tersebut.

"Kerja-kerja pembersihan lumpur di lakukan bagi tujuan mengelakkan sebarang kemalangan yang berlaku. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619