NASIONAL

Kejayaan LIMA'19 usaha bersama-Mohamad

30 Mac 2019, 3:30 AM
Kejayaan LIMA'19 usaha bersama-Mohamad

LANGKAWI, 30 MAC: “Menteri (menteri pertahanan) hanya datang dan pergi, kejayaan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) pada kali ini adalah kejayaan semua pihak yang terlibat menjayakannya,” kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Sambil mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan LIMA’19, Mohamad berkata ini merupakan pertama kali beliau mengepalai LIMA’19 bersama Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membuat penambahbaikan pada pameran LIMA pada masa akan datang.

“Pameran LIMA’19 kali ini banyak dibantu oleh pihak seperti Ketua Setiausaha kedua-dua kementerian (Mindef dan MOT), Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pegawai dan anggota tentera berpengalaman untuk menjayakannya,” katanya kepada Bernama selepas diminta mengulas mengenai pameran LIMA’19 di sini yang berakhir hari ini.

Mohamad berkata apabila diberi amanah, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk bekerja dengan semua kakitangan sama ada ATM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahupun MOT.

“Saya sebagai menteri hanya memberikan motivasi kepada mereka yang terlibat LIMA’19 untuk menjayakannya.

“Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana memberikan publisiti yang baik dan positif untuk menaikkan martabat LIMA’19,” katanya.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pameran LIMA’19 adalah antara yang terbaik pernah dianjurkan.

LIMA'19 yang bermula Selasa lepas dan berakhir hari ini melibatkan sejumlah 406 syarikat - 206 tempatan dan 200 asing - yang kebanyakannya berkaitan pertahanan, mengambil bahagian dalam LIMA'19. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619