NASIONAL

Anak syarikat DRB-HICOM raih anugerah di China

29 Mac 2019, 1:43 PM
Anak syarikat DRB-HICOM raih anugerah di China

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd, PHN Industry Sdn Bhd, meraih Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Teknologi pada Persidangan Pembekal Tahunan Geely Auto 2019 di Hangzhou, China, baru-baru ini.

Dalam kenyataan bersama hari ini, DRB-HICOM dan PHN berkata, anugerah itu adalah pengiktirafan terhadap usaha dan kecemerlangan berterusan PHN dalam menyokong pendekatan perindustrian pembekal Geely Auto Group melalui inisiatif kualiti, kos dan penyampaian.

Ketua Pegawai Eksekutif PHN, Shuhaida Nun berkata, anugerah itu menjadi bukti kepada keupayaan syarikat dan Malaysia dalam menghasilkan kualiti komponen automotif bertaraf antarabangsa.

PHN merupakan pengeluar utama komponen automotif dengan pelanggan yang termasuk jenama seperti Honda, Proton, Perodua, Volkswagen dan Toyota.

Syarikat itu turut terlibat dalam segmen bukan automotif dengan pelanggan antarabangsa seperti Hitachi Ltd, Camfil Group, Ficosa International S.A., Steelcase, Inc., dan Global Invacom Group Ltd. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619