SELANGOR

Sultan Selangor berkenan berangkat ke LIMA'19

28 Mac 2019, 2:19 AM
Sultan Selangor berkenan berangkat ke LIMA'19
Sultan Selangor berkenan berangkat ke LIMA'19
Sultan Selangor berkenan berangkat ke LIMA'19

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 28 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan berangkat ke Langkawi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Selangor Royal Offical dalam satu kenyataan memaklumkan, baginda berangkat bersama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Selain melawat ke ruang pameran, baginda berkenan menyaksikan pertunjukan aeroangkasa bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tuanku juga berkenan melawat ke Pameran Segmen Maritim di Resort World Langkawi," kata kenyataan itu.

LIMA'19 yang berlangsung dari 26 hingga 30 Mac itu dijangka akan menerima lebih 240,000 pelawat termasuk 42,000 delegasi perdagangan.

Pameran yang mula dianjurkan 28 tahun lalu itu bertujuan memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama Malaysia ke mata dunia.

Sebanyak 104 aset kapal dan maritim serta 103 pesawat terbabit dalam pameran statik dan persembahan.

Daripada jumlah itu, 60 peratus adalah pesawat tentera dan agensi keselamatan, manakala 40 peratus milik komersial dan awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619