NASIONAL

Lebih 6,000 gelandangan daftar masuk ke Anjung Singgah

27 Mac 2019, 6:25 AM
Lebih 6,000 gelandangan daftar masuk ke Anjung Singgah

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Seramai 6,936 gelandangan mendaftar masuk secara sukarela ke lima buah fasiliti Anjung Singgah, di seluruh negara sejak ditubuhkan, pada 2011.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, daripada jumlah itu, seramai 5,022 orang sudah mendapat padanan kerjaya.

"Penekanan dalam aspek kaunseling, bimbingan dan motivasi dilaksanakan kepada penghuni bagi meningkatkan daya tahan dan daya juang dalam mengharungi cabaran kehidupan serta memangkin perubahan sikap juga tingkah laku," katanya.

Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PAKATAN-Ledang) berhubung usaha kementerian dalam menangani dan memberi bantuan kepada gelandangan.

Pada masa sama, Yeoh berkata, sebanyak 799 gelandangan direkodkan di sekitar ibu negara, sehingga tahun lalu.

"Fokus kita untuk memberi mereka kerjaya dan dari Januari hingga Mac tahun ini di Anjung Singgah Kuala Lumpur, 67 orang sudah didaftar masuk dengan 38 orang mendapat padanan kerja, iaitu peratus kejayaan ialah 56.72 peratus," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkenaan jumlah gelandangan dan cerita kejayaan hasil program membantu golongan berkenaan.

Anjung Singgah adalah pusat khidmat bantuan sosial yang ditubuhkan sebagai tempat perlindungan sementara bagi golongan itu yang tidak memiliki tempat tinggal dan pekerjaan tetap. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619