SELANGOR

MB tangguh sidang DNS dengan amanat penting

25 Mac 2019, 2:05 PM
MB tangguh sidang DNS dengan amanat penting

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 MAC: Persidangan (pembukaan) Dewan Negeri Selangor (DNS) 2019 hari ini ditutup dengan beberapa amanat penting yang ditinggalkan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Antara amanat terbabit, beliau mahu supaya pensejajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan usaha pengupayaan ekonomi rakyat dan negeri dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Amirudin juga mahu semua pihak menolak ekstrimis dalam semua hal termasuk perkauman melampau yang mampu membawa kepada pembunuhan.

Amirudin turut mahu tindakan segera dapat diambil dalam memastikan usaha pemutihan peniaga warga asing di pasar malam dan pasar pagi.

"Antara perkara yang perlu segera diambil tindakan adalah memastikan pemutihan gerai di pasar malam dan pasar pagi daripada penjaja asing yang berleluasa mengakibatkan tiada peluang kepada peniaga tempatan.

"Mereka yang mengalibabakan atau menjual lesen akan disenarai hitam daripada memiliki lesen selepas ini," katanya.

Amirudin turut mengingatkan supaya jawatankuasa pilihan yang baharu dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Katanya, tugas legislatif bukan sekadar membina jambatan atau menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan semata-mata tetapi turut membabitkan tanggungjawab merangka dasar dan undang-undang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619