SELANGOR

Reformasi pentadbiran 2008 elak risiko pemberian tanah tidak telus

25 Mac 2019, 3:54 AM
Reformasi pentadbiran 2008 elak risiko pemberian tanah tidak telus

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 MAC: Reformasi pentadbiran yang dijalankan pentadbiran baharu pada 2008 berjaya mengurangkan risiko pemberian tanah secara tidak telus seperti mana berlaku sebelumnya.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, selepas 2008 proses pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Semua permohonan kelulusan tanah secara pemberimilikan bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan setelah semua agensi, badan-badan teknikal memberikan maklumat serta komentar kepada setiap permohonan," katanya.

Amirudin berkata demikian pada sesi pagi Persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Katanya, proses pemberimilikan tanah bukan lagi di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tanah Daerah seperti amalan sebelum 2008.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619