NASIONAL

SPR gesa bakal calon buat semakan awal borang pencalonan

25 Mac 2019, 2:53 AM
SPR gesa bakal calon buat semakan awal borang pencalonan

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PUTRAJAYA, 25 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesa semua bakal calon Pilihan Raya kecil (PRK) N27 Rantau membuat semakan awal pengisian borang pencalonan masing-masing.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, tujuan semakan awal itu bagi memastikan bakal calon mengisi borang dengan betul dan menepati syarat serta mengelak kesilapan pada Hari Penamaan Calon.

"Langkah ini bagi menjamin kelancaran proses penamaan dan mengikut masa yang ditetapkan.

"Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada calon yang tidak layak semasa semakan awal membuat persiapan sewajarnya sebelum Hari Penamaan Calon," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, Kertas Penamaan Calon yang lengkap diisi dan disemak perlu dikemukakan oleh bakal calon atau penyokong atau pencadang kepada Pegawai Pengurus di Hari Penamaan Calon.

Katanya, bakal calon juga digesa membuat pembayaran deposit lebih awal serta mengambil pas calon, pencadang dan penyokong selepas bayaran dibuat bagi memastikan proses penamaan calon lancar.

Bakal calon boleh membuat semakan di Pejabat Pengawai Pengurus di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan.

PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan kemenangan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan di DUN itu terbatal dan tidak sah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619