GLOBAL

Burj Khalifa siar imej PM New Zealand

23 Mac 2019, 10:32 AM
Burj Khalifa siar imej PM New Zealand

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 23 MAC: Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa memberi penghormatan kepada New Zealand khususnya Perdana Menterinya, Jacinda Ardern apabila memaparkan imej pemimpin itu memeluk seorang wanita pada mercu tanda bangunan berkenaan.

Thenews.com.pk melaporkan, imej berkenaan adalah gambar yang diambil melalui jurugambar Wellington, Hagen Hopkins di Getty Images, ketika Ardern berada di Masjid Kilbirnie di Wellington.

Burj Khalifa memancarkan imej itu bermula malam tadi di samping tulisan Arab 'Salam' yang membawa maksud keamanan susulan serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 orang, minggu lalu.

Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Mohammad Rashid Al Maktoum berkata, beliau mengucapkan terima kasih buat Ardern atas rasa empati dan sokongan ikhlas beliau kepada masyarakat Islam.

Semalam, penduduk New Zealand bertafakur selama dua minit bagi memperingati mangsa serangan pengganas itu.

Saluran televisyen dan radio tempatan turut menyiarkan secara langsung laungan azan dan solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch yang dihadiri ribuan penduduk termasuk Ardern.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619