NASIONAL

Semua sekolah di Pasir Gudang dibuka 31 Mac

22 Mac 2019, 9:40 AM
Semua sekolah di Pasir Gudang dibuka 31 Mac

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 22 MAC: Jabatan Pendidikan Negeri Johor hari ini memaklumkan semua sekolah yang ditutup di Pasir Gudang akan dibuka 31 Mac depan.

Timbalan Pengarahnya, Azman Adnan berkata, ia susulan perkembangan semasa tragedi Sungai Kim Kim.

"JPBN pada 19 Mac 2019 memutuskan menghentikan Ops Sungai Kim Kim dan sekali gus menutup Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

"Kejadian bencana menunjukkan perubahan semakin positif serta sudah hampir pulih sepenuhnya," katanya dalam kenyatan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerja pembersihan sekolah akan dilakukan tanpa membabitkan murid mengikut prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.

Terdahulu, 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619