GLOBAL

Kapal tentera AS kuatkan sekatan atas Korea Utara

22 Mac 2019, 4:10 AM
Kapal tentera AS kuatkan sekatan atas Korea Utara

SEOUL, 22 MAC: Sebuah kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), yang dalam misi menguatkuasakan sekatan ke atas Korea Utara akan ditempatkan ke Korea Selatan minggu depan.

Kapal USCGC Bertholf (WMSL-750), dijadual tiba di pelabuhan tentera-awam di Pulau Jeju pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap memetik sumber pertahanan negara di sini, Jumaat.

Kedua-dua pihak juga merancang menjalankan latihan bersama mengenai pemeriksaan kapal.

Kapal Bertholf seberat 4,500 tan itu meninggalkan Alameda, California bersama 170 anak kapal pada Januari untuk kegunaan di Pasifik Barat.

Selepas berada Sasebo, Nagasaki, Jepun pada awal Mac, kapal itu menjalankan pemantauan di peraiaran laut timur China, untuk mengesan aktiviti membabitkan kapal Korea Utara.

"Rondaan Bertholf bertujuan mengesan dan membanteras kegiatan Korea Utara untuk mengelak daripada sekatan AS," kata pihak pengawasan Indo-Pacific AS dalam satu kenyataan.

- BERNAMA

Foto Kredit: United States Department of Homeland Security

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619