PENDIDIKAN

Naib Canselor UPM terima pengiktirafan Mauritius

22 Mac 2019, 3:25 AM
Naib Canselor UPM terima pengiktirafan Mauritius

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 22 MAC: Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris menerima pengiktirafan Mauritius menerusi ‘Anugerah Sambutan Hari Kemerdekaan Mauritius ke-51' anjuran Suruhanjaya Tinggi Republik Mauritius, di sini, semalam.

UPM menerusi kenyataannya memaklumkan, Kedutaan Mauritius memberi anugerah itu kerana peranan universiti terbabit terhadap pelbagai program dan hubungan baik kedua-dua pihak sejak 1996.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sin Chee Keong yang merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan Mauritius sambil disaksikan Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia, Issop Patel dan 200 diplomat.

"Prof Aini memainkan peranan penting membantu pelajar Mauritius ketika beliau menjadi Dekan, Timbalan Naib Canselor dan kini sebagai Naib Canselor UPM," tulis kenyataan itu.

Manakala, penyelidik UPM ke Mauritius, Dr Paramasivam Muthusamy berkata, antara sumbangan UPM kepada Mauritius adalah diskaun yuran untuk pelajar Mauritius, penyelidikan UPM dalam bidang gula dan bahasa, program anak angkat serta pertukaran budaya kedua-dua negara sebanyak tiga kali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619